Program Perundingan Dan Latihan Usahawan Dan Kemahiran Insaniah Pusat Internet Selangor Dan Kedah Siri II

28 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 26 dan 27 April 2019 (Jumaat dan Sabtu) telah berlangsungnya Program Perundingan dan Latihan Usahawan dan Kemahiran Insaniah Pusat Internet Selangor dan Kedah siri II di Merdeka Beach Resort, Pantai Merdeka, Kedah. Program ini di anjurkan oleh Nera Infocom dengan kerjasama daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Program ini diadakan bermula jam 3.00 petang hingga 10.00 malam pada hari Jumaat dan 8.00 pagi hingga 4.00 petang pada hari sabtu.

Seramai 18 orang kakitangan pusat internet daripada kedah dan Semenyih telah hadir bagi mengikuti program tersebut. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran para kakitangan pusat internet dalam latihan keusahawanan ICT iaitu ‘Prestashop’ dan juga meningkatkan kemahiran insaniah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali